Disediakan oleh : Pn. Noor Baizura Mohd Safifee
Disunting oleh : Pn. Noor Baizura Mohd Safifee
Gambar : En. Mohd Khairul Haziq Mat Daud
Ogos, Serdang - Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM) telah menganjurkan Program Semarak Merdeka sepanjang Bulan Ogos 2024. Program ini dilaksanakan bagi mengimarahkan Bulan Kemerdekaan ke 67 tahun dan memutik semangat kemerdekaan dalam kalangan staf dan pelanggan PKU UPM.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan iaitu:
a) Pelancaran Bulan Kebangsaan PKU UPM
b) Pemasangan Bendera Malaysia dan Bendera Negeri
c) Kuiz Kemerdekaan
d) Pertandingan Replika Kebangsaan
e) Pertandingan Mewarna Anak-Anak Staf
f) Pertandingan e-Poster
g) Pertandingan Word Search
h) Pertandingan Teka Silang Kata
i) Gotong Royong Pacak Gerbang
j) Capan Tangan Bendera Jalur Gemilang
k) Gotong Royong Hiasan Merdeka
l) Program 5K Steps Merdeka
m) Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Program Semarak Merdeka
Aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan melibatkan semua staf dan anak-anak staf PKU UPM serta pelanggan yang hadir ke PKU UPM.
Semoga semangat ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua bahagian.
Ikuti berita dan hebahan terkini PKU UPM dengan melayari:
Laman web : WEBSITE PKU UPM
Facebook : FB PKU UPM
Instagram : IG PKU UPM
Tiktok : TIKTOK PKU UPM
Tarikh Input: 04/09/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | noorbaizura

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453