PROGRAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN & PROGRAM KEMASYARAKATAN
oleh: Dr. Khadijah Binti Mohd Azman
disunting oleh: Opie Bamad
Serdang, 26 Jun - Sebuah Program promosi kesihatan dan pergigian “HEALTH & WELNESS OUTREACH PROGRAM” telah berlangsung di Foyer Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia baru-baru ini. Program anjuran Pusat Kesihatan Universiti dibawah kendalian Bahagian Kesihatan Awam, PKU ini juga telah menjemput Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU untuk turut Bersama menjayakan objektif utama dalam memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan pergigian melalui pemeriksaan oral, konsultasi dan ceramah pergigian.
Penyelaras aktiviti Bahagian Kesihatan Pergigian, Dr Aisyah binti Mat Ariff yang merupakan Ketua Seksyen Kualiti Kesihatan Pergigian bersama 3 Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian (DSA) serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) telah bersama-sama menjayakan program ini.
Antara pengisian program Kesihatan Pergigian adalah ceramah tentang kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr Nurul Syahirah di bilik mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan dihadiri oleh staf-staf fakulti tersebut.
Pemeriksaan gigi oleh Pegawai Pergigian turut diadakan kepada lebih daripada 30 pengunjung program yang berlatarbelakangkan pelbagai jawatan serta mendapatkan konsultasi berkaitan dengan keadaan kesihatan gigi dan oral.
Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU juga memberikan inisiatif bagi membolehkan pengunjung mendapatkan temujanji rawatan gigi di Pusat Kesihatan Universiti UPM selepas melakukan pemeriksaan dengan menyediakan kod imbas QR.
Program yang bermula pada 8.30 pagi telah tamat pada pukul 4.00 petang dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UPM.
Tarikh Input: 05/07/2023 | Kemaskini: 05/07/2023 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453