Serdang, 23 Oktober 2024 – Program promosi kesihatan dan pergigian sempena sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Putra Malaysia (UPM). Acara ini berlangsung di Dewan Putra 2, Kolej 12 & 14 UPM, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan, dan Pemeriksaan Kesihatan Mental. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM, yang menawarkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian secara percuma kepada para pengunjung.
Sebanyak 13 orang pegawai dan staf Bahagian Kesihatan Pergigian terlibat dalam menjayakan program ini. Sepanjang acara, mereka berjaya memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 76 orang pengunjung yang hadir.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


Tarikh Input: 26/12/2024 | Kemaskini: 26/12/2024 | izzatussofia

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453