Program Promosi Kesihatan Aku Nak Sihat Siri 3 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Program Promosi Kesihatan Aku Nak Sihat Siri 3

Program Promosi Kesihatan Aku Nak Sihat Siri 3

Serdang, 7 November 2025 – Program Promosi Kesihatan Aku Nak Sihat Siri 3 anjuran Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama Auxiliary Police and Security Centre (APSeC), UPM telah berjaya diadakan di Dewan Kor Suksis, UPM bermula seawal 8.00 pagi.

Pelbagai kaunter pemeriksaan kesihatan disediakan untuk para peserta, termasuk kaunter pemeriksaan fizikal, konsultasi perubatan bersama pegawai perubatan, serta kaunter pameran kesihatan reproduktif dan denggi. Bahagian Kesihatan Pergigian turut membuka reruai khusus bagi peserta mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian.

Seramai 17 orang peserta daripada staf APSeC UPM telah mendaftar untuk membuat pemeriksaan pergigian. Peserta yang menerima konsultasi kemudiannya dipelawa untuk menetapkan temujanji rawatan pergigian mengikut keperluan masing-masing.

Program diteruskan dengan ceramah “Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)” yang disampaikan oleh Dr. Rusydi dari PKU UPM. Ceramah tersebut memberi pendedahan tentang kepentingan CPR serta langkah yang perlu diambil dalam situasi kecemasan. Seterusnya, slot kedua ialah ceramah kesihatan oral bertajuk “Penjagaan Kesihatan Mulut Seiring Dengan Pertambahan Usia” yang disampaikan oleh Pegawai Pergigian, Dr. Nurul Syahirah, bagi meningkatkan kesedaran peserta mengenai penjagaan gigi sepanjang hayat.

Secara keseluruhannya, Program Promosi Kesihatan Aku Nak Sihat Siri 3 menerima sambutan yang baik daripada para peserta. Bahagian Kesihatan Pergigian amat berbesar hati dapat turut serta dan berharap kesinambungan program seperti ini akan terus memberi manfaat kepada komuniti UPM.

 

 

 

Tarikh Input: 19/11/2025 | Kemaskini: 19/11/2025 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (05:16:50am-05:21:50am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]