Serdang, 7 Januari 2026 – Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) telah menganjurkan program “Wellness Open Day: Your Health Your Power” bertempat di Foyer Blok C, FSKTM. Program yang disertai oleh Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Awam, Bahagian Kesihatan Pergigian dan Program Mquit bertujuan meningkatkan kesedaran warga fakulti mengenai kepentingan menjaga kesihatan serta menyediakan sokongan untuk berhenti merokok melalui inisiatif nasional MQUIT.
Pasukan MQUIT PKU yang turut terlibat adalah terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pegawai Eksekutif. Kehadiran mereka membolehkan pelajar dan staf mendapatkan khidmat kaunseling, sokongan psikologi serta rawatan berstruktur bagi membantu proses berhenti merokok.
Program MQUIT juga memberi peluang kepada perokok untuk memulakan langkah berhenti dengan sokongan profesional. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesihatan individu, malah melindungi keluarga dan komuniti daripada bahaya asap rokok.
Program “Wellness Open Day: Your Health Your Power” ini sekali lagi menyaksikan komitmen FSKTM dalam menyokong gaya hidup sihat dan membina komuniti bebas rokok di kalangan warga kampus.

Disediakan oleh : PPP Muhammad Afiq Amri Che Soh
Gambar oleh : Cik Nur Afifah Kamaruddin, PPK Bookery Johar
Tarikh Input: 13/01/2026 | Kemaskini: 13/01/2026 | nur_hazalina

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453