Pusat Kesihatan Universiti turut bersama-sama Pusat Islam Universiti UPM dan WAZAN dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Masjid UPM mengadakan Program Memasak Bagi jamuan Berbuka Puasa Masjid UPM.
Program yang diadakan adalah bagi menyambut saranan YBhg. Dato' Naib Canselor UPM untuk melihat keterlibatan dan kebersamaan Pusat Tanggungjawab (PTJ) lain bersama-sama memurnikan program tersebut dimana dijangkakan seramai 1000 orang jemaah menghadiri majlis berbuka puasa yang terdiri daripada pelajar, staf dan jemaah masjid.
Semoga penglibatan ini membantu kepada pengukuhan semangat kebersamaan serta hubungan staf PKU bersama warga universiti dan komuniti setempat.


Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang
Tarikh Input: 26/03/2025 | Kemaskini: 27/03/2025 | norazilah_abd

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453