PROGRAM KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK EARTH HOUR 2026 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK "EARTH HOUR" 2026

PROGRAM KEMPEN PENJIMATAN ELEKTRIK "EARTH HOUR" 2026

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, 24 APRIL 2026 - Program Earth Hour telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan penuh daripada warga Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Program yang dilaksanakan selama 2 jam 30 minit pada setiap Jumaat ini menyaksikan semua lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan dipadamkan sebagai simbolik sokongan terhadap usaha menangani perubahan iklim.
 
 
 
 
 
 
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen global anjuran Worlwide Fund for Nature yang diadakan pada setiap tahun di seluruh dunia. Selain aktiviti pemadaman lampu, program sampingan lain turut dianjurkan seperti kempen penjimatan elektrik dengan menetapkan suhu penghawa dingin ke 24’c seperti yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mencapai matlamat Jawatankuasa EKSA, namun, ia sangat berfokus untuk menyemai sikap tanggungjawab bersama dalam menjaga kelestarian bumi dan penjimatan elektrik.
 
Jawatankuasa Latihan dan Go Green
Ekosistem Kondusif Sektor Awam
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 18/06/2026 | Kemaskini: 18/06/2026 | khairulhaziq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (12:45:59am-12:50:59am, 20 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]