PROGRAM JIWA PUTRA UPM OLEH PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT BSMM DI PKU UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI pku
» BERITA » PROGRAM JIWA PUTRA UPM OLEH PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT BSMM DI PKU UPM

PROGRAM JIWA PUTRA UPM OLEH PELAJAR KOKURIKULUM BERKREDIT BSMM DI PKU UPM

   

 

 

23 November 2024 - Pelajar Kokurikulum Berkredit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM1) di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM telah melaksanakan Program JIWA PUTRA UPM bertempat di Pusat Kesihatan Universiti pada jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Program JIWA PUTRA UPM ini diadakan untuk membentuk jati diri dan kepimpinan dikalangan pelajar, menggalakkan semangat patriotisme dan tanggungjawab sosial, membangunkan kemahiran insaniah, memupuk kesedaran tentang kepelbagaian dan inklusiviti serta menggalakkan keperibadian yang holistik di kalangan pelajar UPM.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan dan merumput kawasan Lanskap PKU serta Kebun Mini PKU. Seramai 30 orang pelajar BSMM bersama fasilitator Pn. Norfazilah Abdullah telah menjayakan program ini.

Laman Web : PKU UPM WEBSITE
Facebook :  PKU UPM FB
Instagram : PKU UPM IG
Tiktok : PKU UPM TIKTOK

Tarikh Input: 29/11/2024 | Kemaskini: 29/11/2024 | norazilah_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (12:26:44pm-12:31:44pm, 24 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]