Telah berlangsung sebuah program Health and Wellness Open Day pada 18 Mei 2026. Program yang telah dijalankan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad mensasarkan staf perpustakan sebagai pengunjung. Bermula pukul 9 pagi pengunjung mula hadir untuk mendapatkan saringan kesihatan. Antara bahagian yang terlibat adalah bahagian kesihatan awam, bahagian kesihatan pergigian dan bahagian kaunseling UPM.
Bahagian Kesihatan Pergigian telah membuka reruai untuk pemeriksaan dan konsultasi pergigian dan juga pameran pergigian. Setiap pengunjung yang hadir akan menjalani pemeriksaan pergigian dan konsultasi berkenaan keadaan kesihatan oral diberikan beserta cadangan rawatan untuk setiap pengunjung. Pengunjung kemudian dipelawa untuk melakukan tempahan temujanji melalui QR kod yang diberi. Pada sebelah petang, Dr Syahirah telah memberikan perkongsian ceramah berkenaan kesihatan periodontium. Tajuk ini dipilih sempena hari gusi sedunia yang telah disambut pada 12 Mei. Perkongsian ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kesihatan periodontium terutamanya gusi yang mana kriteria gusi sihat dan tak sihat, faktor penyakit gusi dan rawatan gusi telah dikongsikan. Sesi soal jawab juga dibuka bagi menjawab persoalan dari pengunjung yang hadir.
24 staf perpustakaan telah mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian pada hari ini. Bahagian Kesihatan Pergigian berbesar hati dapat menjadi antara bahagian yang terlibat untuk program HeWeOp kali ini dan berharap penyertaan dari staf dapat dipertingkatkan bagi memanfaatkan siri jelajah ini.
Tarikh Input: 26/06/2026 | Kemaskini: 26/06/2026 | khairulhaziq

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453