PROGRAM GOTONG ROYONG BUBUR LAMBUK BULAN RAMADHAN BERSAMA WARGA PKU 2026 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM GOTONG ROYONG BUBUR LAMBUK BULAN RAMADHAN BERSAMA WARGA PKU 2026

PROGRAM GOTONG ROYONG BUBUR LAMBUK BULAN RAMADHAN BERSAMA WARGA PKU 2026

25 Februari 2026 – Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) melalui inisiatif En. Shaiful Md Noor sebagai Biro Kebajikan dan Kerohanian telah menganjurkan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada staf PKU dan pelanggan PKU bersempena bulan Ramadan. Program ini bertujuan untuk memupuk ikatan ukhuwah dalam kalangan warga PKU di samping menyemarakkan amalan bersedekah serta semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti memasak bermula seawal jam 8.30 pagi dengan penglibatan seramai 30 orang sukarelawan dalam kalangan staf PKU. Bahan-bahan yang digunakan bagi memasak telah disumbang oleh staf-staf PKU disamping sumbangan tenaga bagi menjayakan program yang kali pertama diadakan di PKU . Kerjasama yang ditunjukkan sepanjang proses penyediaan bahan, memasak dan pembungkusan telah mencerminkan semangat berpasukan yang tinggi.

 


En Azuan Halif Abdul Majid iaitu Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan PKU berkata program ini tercetus setelah mendapat idea melalui salah seorang ahli kelab yang ingin menampilkan kelainan didalam beramal di bulan Ramadhan.
“ Tahun ini kami menampilkan kelainan dengan menyediakan hidangan bubur lambuk resipi dari Kg baru untuk diberikan kepada semua staf PKU” Katanya sambil berharap ramai lagi staf PKU dapat menyertai kelab dengan menjadi ahli .
Agihan bubur lambuk terus diedarkan kepada warga dan pelanggan PKU yang melibatkan sebanyak 300 bekas bubur lambuk setelah selesai dimasak kira-kira jam 1:00 petang.

Tarikh Input: 09/03/2026 | Kemaskini: 10/03/2026 | khairulhaziq

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:17:22am-04:22:22am, 10 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]