PROGRAM GERAK SIHAT ENTITI PEJABAT PENDAFTAR 2022 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM GERAK SIHAT ENTITI PEJABAT PENDAFTAR 2022

PROGRAM GERAK SIHAT ENTITI PEJABAT PENDAFTAR 2022

25 Mei 2022, UPM Serdang - Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (PKU, UPM) telah mengadakan Program Gerak Sihat bagi staf yang bernaung di bawah Pejabat Pendaftar. Program ini diadakan sebagai menyahut Aspirasi ke-9 YBhg Naib Canselor UPM iaitu Memperhebatkan Prakarsa Kesejahteraan Kampus.

Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 5 petang ini diadakan di Foyer Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Aziz Shah (PKKSSAAS) dan disertai oleh 45 orang staf dari PKU, Bahagian Keselamatan Universiti (BKU), Pusat Islam, PKKSSAAS dan  Pejabat Pendaftar. Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua PKU, Dr Fauziah Binti Adnan dan En Zuhaimi Abdul Rahim, Pengarah Pusat Islam yang sering memberi sokongan terhadap aktiviti yang berkaitan kesejahteraan dan kesihatan staf.

Menariknya program kali ini, pengisian tidak memfokus ke arah kesihatan fizikal semata-mata malahan aktiviti kesihatan rohani turut diketengahkan. Peserta program bukan sahaja berpeluang memeriksa tekanan darah dan menimbang berat badan (dua faktor yang sangat berkaitan dengan kesihatan kardiovaskular), mereka juga berpeluang memeriksa ketepatan bacaan Al-Fatihah yang amat penting dalam mencapai solat yang sempurna.


        

 

        

 

 

        

 

 

 

 

Setelah menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapat nasihat kesihatan fizikal dan rohani yang terbaik, para peserta program bersama-sama menjalani senamrobik yang dipimpin oleh kumpulan Fit by Beat PKU untuk membakar kalori, melancarkan peredaran darah serta meningkatkan kecergasan diri. Cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para peserta mengakhiri program gerak sihat pada kali ini.

Walaupun program ini hanya berlangsung selama dua jam, ia diharap dapat menjadi pencetus kepada pembudayaan gaya hidup sihat di kalangan staf agar terus cergas dan produktif di dalam kerjaya dan kehidupan seharian.

Disediakan oleh :
Dr Aditya Adawiyah & Pn Intan Noor Aiza.
Bahagian Kesihatan Awam.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 20/06/2022 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEZPAX~