
SERDANG, 5 Januari 2025 – Program “FIRST AT AID WITH BSMM UPM 2025” anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bulan Sabit Merah Malaysia Kumpulan 1 (BSMM 1) telah diadakan dengan meriah di Dewan Kenyalang, KOSASS UPM. Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 4 petang ini dianjurkan di bawah kelolaan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Amini Amir Bin Abdullah dengan kehadiran seramai 60 orang peserta.
Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Antara aktiviti yang disediakan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian adalah ceramah penjagaan kesihatan pergigian yang disampaikan oleh Dr. Aisyah Mat Ariff, pameran pergigian, dan pemeriksaan gigi oleh pegawai pergigian serta staf PKU UPM.

Program ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran asas pertolongan cemas kepada pelajar serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta untuk menyokong kesejahteraan komuniti kampus. Jalinan kerjasama antara Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM dan PKPP UPM dipuji sebagai sangat positif dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang.
Tarikh Input: 22/01/2025 | Kemaskini: 22/01/2025 | izzatussofia

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453