SERDANG, 24 Januari 2025 – Program “AKU NAK SIHAT’’ SIRI 1 telah dianjurkan oleh Pusat Polis Bantuan & Keselamatan Universiti (APSeC) berkolaborasi bersama Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (PKU, UPM). Program ini adalah satu inisiatif untuk mempromosikan kesedaran kesihatan yang melibatkan kesihatan perubatan dan pergigian. Acara ini telah berlangsung di Dewan Kor SUKSIS, UPM dan dihadiri oleh 30 ahli staf APSeC yang turut menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyertai program tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan mengekalkan kesihatan yang optimum, pelbagai aktiviti telah disediakan, termasuk Fit by Beat, pemeriksaan perubatan, pemeriksaan pergigian, serta ceramah bertemakan kesihatan.
Sebanyak 7 orang staf Bahagian Pergigian, PKU UPM telah menyertai program ini dalam pemeriksaan gigi dan sesi konsultasi percuma. Salah satu sesi yang mendapat perhatian ialah ceramah mengenai penjagaan gigi yang disampaikan oleh Dr. Munirah. Dalam ceramah tersebut, Dr. Munirah menekankan kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut, serta cara-cara mudah yang boleh dilakukan untuk memastikan gigi tetap sihat sepanjang hayat.

Program ini mendapat sambutan positif daripada peserta yang berpeluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan maklumat berguna untuk menjaga kesejahteraan tubuh mereka. Pihak penganjur berharap program seperti ini dapat diteruskan untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai pentingnya gaya hidup sihat dan penjagaan kesihatan yang berterusan.



Tarikh Input: 12/02/2025 | Kemaskini: 12/02/2025 | izzatussofia

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453