PKU Rangkul Anugerah Emas! Tahniah! | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PKU Rangkul Anugerah Emas! Tahniah!

PKU Rangkul Anugerah Emas! Tahniah!

TAHNIAH PKU! ANUGERAH EMAS DI PERTANDINGAN RTEX PERINGKAT WILAYAH TENGAH

 

 

 

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM telah berjaya merangkul Anugerah Emas pada Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah Tengah (RTEx) 2018 yang telah diadakan pada 24 dan 25 Julai 2018 bertempat di Royale Chulan Damansara .PKU menerusi Projek Pengurusan Lean yang bertajuk i-MeX PKU (In House Medical Check Up Express) telah berjaya mengharumkan nama UPM pada Konvensyen yang telah disertai oleh sebanyak 63 buah agensi. Ketua kumpulan, Dr Suhyna binti Mohamad Sulaiman menyifatkan kejayaan ini bakal menyuntik semangat kepada ahli kumpulan yang lain untuk terus bertanding di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada penghujung tahun ini. Turut memenangi anugerah yang sama adalah Projek Lean Compos daripada Taman Pertanian Universiti (TPU). Tahniah!

 

 

 

 

Tarikh Input: 27/07/2018 | Kemaskini: 14/09/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEZXAJ~