Pertandingan Poster Kemerdekaan 2023 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Pertandingan Poster Kemerdekaan 2023

Pertandingan Poster Kemerdekaan 2023

Pertandingan Poster Kemerdekaan 2023

Pihak Jawatankuasa Read@Uni PKU UPM telah mengadakan pertandingan poster kemerdekaan pada bulan Ogos 2023. Ini merupakan salah satu inisiatif menyambut sambutan bulan kemerdekaan negara yang ke - 66 yang disambut pihak Universiti Putra Malaysia.

Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua staf Pusat Kesihatan Universiti UPM dan telah diadakan bermula penghujung bulan Julai sehingga 12 Ogos 2023.

Sejumlah 14 poster telah dihasilkan bagi penyertaan dan pemenang diumumkan pada 22 Ogos 2023. En Abdul Muazam bin Zairul Nizam telah dinobatkan selaku pemenang dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dr Fauziah Binti Adnan selaku penasihat Jawatankuasa Read@Uni PKU, UPM.

Pihak jawatankuasa Read@Uni PKU akan terus mengadakan aktiviti seumpama ini dan memperluas skop tidak hanya berpaksikan pada sudut bacaan sahaja. Sokongan penuh dari Pihak Pengurusan PKU dan semua ahli jawatankuasa khasnya, telah memberikan satu impak positif terhadap aktiviti ini dan menyuntik semangat ahli untuk mengadakan lebih banyak aktiviti di masa hadapan.

Tarikh Input: 26/10/2023 | Kemaskini: 26/10/2023 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcQAu~