Pertandingan Carian Nama Sudut READ@UNI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Pertandingan Carian Nama Sudut READ@UNI

Pertandingan Carian Nama Sudut READ@UNI

UPM Serdang -14/9, Sanggar Ilmu, merupakan nama sudut yang berjaya memenangi hati para juri dalam Pertandingan Carian Nama Sudut READ@UNI, PKU UPM 2022 yang diadakan baru-baru ini. 

Pertandingan yang berlangsung dari 11-22hb Ogos telah mendapat sebanyak 10 penyertaan dan cetusan idea dari Dr Nurhayati Mohd Sobki telah dipilih sebagai nama sudut yang telah diberi nafas baru dengan menampilkan konsep Minimalist English yang terletak di hadapan bilik Ketua Pusat Kesihatan Universiti. 

Hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang dan saguhati kepada setiap peserta telah disampaikan oleh Dr Fauziah Adnan iaitu Penaung READ@UNI, PKU dan diiringi Dr Rusydi Nawawi selaku Pengerusi Jawatankuasa READ@UNI, PKU. 

Tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pemenang dan semua peserta yang telah menjayakan pertandingan ini. 

 

Tarikh Input: 16/09/2022 | Kemaskini: 16/09/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaMAs~