Persijilan Akreditasi Perkhidmatan MQuit PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Persijilan Akreditasi Perkhidmatan MQuit PKU

Persijilan Akreditasi Perkhidmatan MQuit PKU

Pusat Kesihatan Universiti telah menerima sijil kelayakan ‘Mquit Services’ daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor susulan daripada penyerahan sijil tersebut  kepada UPM pada 6 Mei 2019. Sijil kelayakan ini diberikan bagi mengiktiraf Pusat Kesihatan Universiti sebagai satu lokasi yang menawarkan perkhidmatan untuk berhenti merokok.

Selaras dengan usaha kerajaan, Pusat Kesihatan Universiti & UPM menyambut baik serta menyokong seruan tersebut dengan mewujudkan Program Berhenti Merokok di peringkat universiti bagi membantu warga kampus yang ingin berhenti daripada melakukan tabiat yang tidak sihat ini.

                            

Semoga dengan persijilan ini dapat memberikan suntikan semangat kepada pasukan MQuit PKU,UPM untuk lebih berdedikasi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang berhasrat untuk berhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Jom Quit!

 

Tarikh Input: 10/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEYKAe~