Penjurian Sudut Bacaan Read@Uni PKU, UPM 2022 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Penjurian Sudut Bacaan Read@Uni PKU, UPM 2022

Penjurian Sudut Bacaan Read@Uni PKU, UPM 2022

 

 

UPM Serdang - 15 September, Satu Sesi Penjurian Sudut Bacaan Read@Uni, telah berlangsung pada jam 9 pagi hingga 9.30 pagi di Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Penjurian yang diterajui oleh Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) ini merupakan salah satu komponen daripada 14 kategori yang dipertandingkan untuk Anugerah Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) & Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM 2022. 

Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni ini mula diperkenalkan pada 2019 sebagai Hadiah Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM dan pada tahun 2022 ianya telah dikenali sebagai Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni UPM dengan 5 pemenang yang menawarkan hadiah sebanyak RM1000 mengikut kumpulan.

Pengerusi Jawatankuasa Read@Uni PKU, Dr Rusydi Nawawi telah memberi penerangan tentang sudut bacaan ini kepada wakil PSAS yang diwakili oleh Cik Nazibah Kamaruddin dan En Khairul Anwar Zulkifli, berpandukan kriteria penilaian iaitu dari aspek Kreativiti dan Inovasi, Aktiviti, Promosi, Impak Perlaksanaan dan Ruang. Sokongan penuh dari Pihak Pengurusan PKU dan semua ahli jawatankuasa khasnya, telah memberikan satu impak positif terhadap proses & aktiviti kumpulan bagi memastikan Sudut Bacaan Read@Uni PKU ini berupaya memberi manfaat & memupuk minat membaca kepada para pelanggan dan staf PKU.

 

    


 
                  

Disediakan oleh : SN Masithah Che Desa & Pasukan Media & Publisiti Read@Uni, PKU

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 21/09/2022 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdQAA~