PENJAGAAN KESIHATAN GIGI DAN ORAL WARGA EMAS | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PENJAGAAN KESIHATAN GIGI DAN ORAL WARGA EMAS

PENJAGAAN KESIHATAN GIGI DAN ORAL WARGA EMAS

 

Laporan oleh: Dr. Kamarul, Dr. Aisyah, JP Nalitha, Dr. Khadijah, Dr. Syahirah, Dr. Munirah

18 Mei 2023, Serdang- Ceramah penjagaan Kesihatan gigi dan oral warga emas telah diadakan di Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor baru-baru ini. Program anjuran Bahagian Geriatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM bertujuan antara lain adalah untuk memberikan pendedahan kepada penghuni rumah Seri Kenangan yang terdiri daripada warga emas dan juga kepada staf yang bertugas tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan oral.

Ceramah penjagaan kesihatan gigi dan oral telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Kamarul dan Dr. Aisyah, manakala penerangan dan demonstrasi cara menggosok gigi yang betul telah disampaikan oleh Juruterapi (JP) Nalitha Hazirah. Seramai 30 orang warga emas beserta staf telah mengikuti ceramah yang disampaikan. Para peserta terlibat aktif di mana banyak soalan mengenai kesihatan dan penjagaan gigi telah disampaikan semasa sesi soal jawab.  

Penyertaan Bahagian Kesihatan Pergigian di dalam program anjuran Bahagian Geriatrik, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM diharapkan dapat memberikan manfaat kepada penghuni dan staf di rumah Seri Kenangan ini.  

 

Tarikh Input: 04/10/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEbVAK~