PENGENALAN AMALAN EKSA DAN STRATEGI KE ARAH PENSIJILAN EKSA | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PENGENALAN AMALAN EKSA DAN STRATEGI KE ARAH PENSIJILAN EKSA

PENGENALAN AMALAN EKSA DAN STRATEGI KE ARAH PENSIJILAN EKSA

BILIK SEMINAR PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM, 7 OGOS 2019- Satu program pengenalan amalan EKSA dan strategi ke arah pensijilan EKSA telah diadakan bagi memantapkan amalan EKSA di PKU. Penceramah jemputan adalah Puan Merian Hussein iaitu Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

 

Program ini dihadiri oleh semua Jawatankuasa EKSA PKU UPM bagi menyokong amalan EKSA yang dijalankan di PKU.

 

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA PKU bagi mencapai objektif iaitu:

1) Meningkatkan kefahaman amalan EKSA dalam kalangan warga kerja

2) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan tempat kerja berkualiti

3) Meningkatkan imej korporat jabatan dan agensi

4) Memberi panduan mengenai strategi-strategi ke arah pensijilan EKSA.

 

Pengisian program ini meliputi amalan EKSA dari jabatan yang cemerlang, strategi/penambahbaikkan amalan EKSA dan simulasi audit EKSA. Program ini telah tamat pada jam 1.00 petang.

 

Tarikh Input: 30/08/2019 | Kemaskini: 30/08/2019 | noorbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1573501638