MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI HULU LANGAT | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI HULU LANGAT

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI HULU LANGAT

01 Januari 2022 : Berikutan banjir teruk yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Kelab Sukan dan Kebajikan PKU (KSKPKU) telah mengambil langkah proaktif bagi membantu operasi pembersihan di kawasan terjejas iaitu Hulu Langat.

     Aktiviti ini diketuai oleh SR Muhammad 'Athuf Azhar yang melibatkan 16 orang staf PKU dari pelbagai jawatan. Pihak KSKPKU telah memilih Taman Sri Nanding memandangkan kawasan tersebut telah terjejas dengan teruk.

     Semua staf yang terlibat bergerak ke kawasan berikut pada jam 8.00 pagi dengan menaiki 2 buah kenderaan PTJ. Pihak KSKPKU juga membawa bantuan barangan seperti dapur gas, selimut, tikar dan tilam 'single' hasil sumbangan dari ahli kelab dan orang awam.

     Diharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban penduduk di kawasan tersebut dan kami sentiasa mendoakan mereka yang terjejas banjir ini diberikan ketabahan atas ujian.

     Mari bersama-sama kami untuk meneruskan aktiviti kemasyarakatan seperti ini di masa akan datang.

 

 

Tarikh Input: 06/01/2022 | Kemaskini: 06/01/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaVAi~