Mengilhamkan Penanda Aras | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Mengilhamkan penanda aras

Mengilhamkan penanda aras

IIUM Medical Centre Kuantan, Pahang, 14 Januari 2020 - Memperolehi cara susunan, label ubat yang baru, dan cara penyimpanan ubat berbagai kategori di stor dan farmasi, antara input yang boleh dipertimbangkan untuk diaplikasi di stor Perkhidmatan Farmasi Pusat Kesihatan Universiti, UPM (PKU, UPM). 

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Perkhidmatan Farmasi Dr Latinah Mohamad dan disertai oleh 7 orang staf telah dimulakan dengan satu sesi taklimat ringkas bagi memperkenalkan International Islamic University Malaysia(IIUM) kepada staf PKU UPM selain diberi penerangan tentang latar belakang, struktur organisasi, fungsi dan peranan IIUM Medical Centre secara umumnya dan perkhidmatan farmasi secara khusus, sebelum kami dibawa melawat ke beberapa tempat merangkumi stor  dan farmasi IIUM Medical Centre.

Lawatan ini diharap akan memberikan impak yang positif sekaligus memberikan ilmu pengetahuan baharu dan mewujudkan semangat kerjasama sesama pekerja. Lawatan ini juga memberi pendedahan tentang persediaan staf Perkhidmatan Farmasi PKU untuk menyusun atur untuk stor baharu nanti. 

 

Tarikh Input: 13/03/2020 | Kemaskini: 13/03/2020 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1590940659