MAJLIS PERSARAAN STAF DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » MAJLIS PERSARAAN STAF DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

MAJLIS PERSARAAN STAF DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

28 Disember 21, Serdang- Sebuah Majlis Persaraan kecil-kecilan telah dilakukan di Ruang Legar Unit X-ray PKU untuk meraikan hari terakhir berkerja buat Cik A’Aini A’Aishah Binti Zulkifli yang telah berkhidmat selama 21 tahun.

Bertugas sebagai Pembantu Operasi di Unit X-ray, PKU, Cik A’Aini A’Aishah Binti Zulkifli disifatkan sebagai seorang staf yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab beliau disamping membantu rakan sekerja yang lain dalam tugasan harian. Beliau juga merupakan ahli Kelab Sukan dan Kebajikan yang aktif dalam membantu kutipan yuran keahlian.

Di doakan semoga Cik A’Aini A’Aishah Binti Zulkifli sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah mengkuang,
Budi dikenangbakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

 

Tarikh Input: 28/12/2021 | Kemaskini: 03/01/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUAAD~