LAWATAN PENANDA ARASAN DARIPADA UITM SHAH ALAM 21 JUN 2024 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI pku
» BERITA » LAWATAN PENANDA ARASAN DARIPADA UITM SHAH ALAM 21 JUN 2024

LAWATAN PENANDA ARASAN DARIPADA UITM SHAH ALAM 21 JUN 2024

Laporan disediakan oleh: Dr. Khadijah Azman, Dr. Ahmad Kamarul Juperi, JP Nalitha Hazirah

Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan Universiti UPM telah menerima kunjungan daripada Pusat Kesihatan Universiti UiTM Shah Alam pada 21 Jun yang lepas. Kunjungan yang dihadiri oleh 3 (tiga) orang staf iaitu, Dr Azarifa Binti Abdullah, Ketua Unit Pergigian PKU UITM, Dr Nursyuhada Binti Aris, dan Juruterapi Pergigian, Ana Farhana Binti Md Aris. Kehadiran telah disambut oleh Dr Ahmad Kamarul Juperi, Ketua Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM, En. Mohamad Fiddezuan Bin Ahmad Murad, Penolong Pendaftar PKU UPM dan Juruterapi Pergigian, Nalitha Hazirah Norman.

Antara objektif kunjungan adalah untuk bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan rawatan pergigian, kadar caj dan sistem pengurusan pesakit yang diamalkan di Pusat Kesihatan UPM dan juga untuk merapatkan ukhuwah antara staf Pusat Kesihatan UA. Tetamu telah diberikan taklimat ringkas oleh Dr. Ahmad Kamarul berkenaan dengan pengurusan pesakit di Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM. Sesi soal jawab dan bertukar-tukar maklumat dan pandangan telah berjalan dengan lancar dan mesra.

Selepas selesai sesi pembentangan dan soal jawab, tetamu dibawa melawat ke bilik-bilik rawatan pergigian, sterilization service unit (SSU) dan bilik x-ray pergigian. Kunjungan berakhir pada pukul 12 tengahari dan PKU UPM telah menyampaikan cenderahati kepada PKU UiTM sebagai tanda penghargaan atas kunjungan.

Berbagai maklumat yang bermanfaat dapat dikongsikan dalam pertemuan tersebut yang diharapkan dapat memberi kesan positif kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan pergigian di kedua-dua Pusat Kesihatan Universiti tersebut.

Tarikh Input: 08/10/2024 | Kemaskini: 08/10/2024 | norazilah_abd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (05:48:08pm-05:53:08pm, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]