Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Penanda Aras dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Lawatan Penanda Aras dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Disediakan oleh : Pn. Norazilah Abdullah
Disunting oleh : En. Mohamad Fiddezuan Ahmad Murad
Gambar : En. Mohd Khairul Haziq Mat Daud

 

7 Mei, Serdang - Pusat Kesihatan Universiti,UPM telah menerima lawatan Penanda Aras daripada Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Teknologi Malaysia (PKU UTM). Delegasi ini diketuai oleh YBhg. Dr. Mohd Firdaus Akmal Azman dengan kekuatan seramai 7 orang staf yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai tadbir dan staf pelaksanan.

Kehadiran delegasi ini tiba pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Ketua PKU UPM, Dr Arma Noor. Antara pengisian lawatan ini adalah perkongsian mengenai pengoperasian dan pencapaian PKU UPM, kelengkapan fasiliti, sumber manusia, skim perubatan staf dan pelajar, usaha sama dengan agensi atau Pusat Tanggungjawab lain serta program pembangunan staf.

Lawatan yang berakhir pada jam 1.00 petang ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian PKU UPM.

Semoga lawatan pada kali ini dapat memberi sedikit input dan gambaran kepada PKU UTM untuk melaksanakan tujuan dan hasrat institusi bagi memenuhi keperluan pelanggan.

 

Tonton video TikTok di sini https://vt.tiktok.com/ZSY1nD6HU/

 

 

 

Tarikh Input: 08/05/2024 | Kemaskini: 10/05/2024 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
WXFUGAD~