Kursus Pertolongan Cemas Dan CPR | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kursus Pertolongan Cemas dan CPR

Kursus Pertolongan Cemas dan CPR

Pada 17 & 18 Julai 2019, Pusat Kesihatan Universiti,UPM telah mengadakan Kursus Pertolongan Cemas dan CPR di Bilik Seminar PKU,UPM. Kursus ini melibatkan 28 orang staf UPM dari pelbagai pusat tanggungjawab. Kursus ini melibatkan seorang pegawai perubatan dan dua orang fasilitator dari Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Kursus ini memberi  pendedahan tentang bahan dan alatan yang terdapat didalam peti pertolongan cemas serta cara-cara penggunaanya. Peserta juga mempelajari tentang cara balutan pada anggota badan bagi luka berdarah dan patah anggota.

Fasilitator juga membuat sesi amali tentang teknik dan cara yang betul bagi membantu individu tercekik dan bantuan pernafasan. Pada zaman kini, Sekurang-kurangnya seorang dalam setiap rumah harus mempunyai pengetahun dalam "Cardio Pulmanary Resuscitation" (CPR) untuk menyelamatkan nyawa terutama orang tersayang. Dengan kursus ini peserta dapat mempelajari cara yang betul untuk melakukan CPR.

Semoga dengan kursus ini peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mempraktikkan ilmu yang diberi sekiranya berlaku kecemasan.

Tarikh Input: 31/07/2019 | Kemaskini: 09/08/2019 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaBAG~