Kursus First Aids In Rugby (FAIR) Level 1 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kursus First Aids in Rugby (FAIR) Level 1

Kursus First Aids in Rugby (FAIR) Level 1

Pusat Kesihatan Universiti – 8 Jun 2022 – Unit Latihan PKU, UPM telah menjalankan satu kursus bertajuk First Aids in Rugby (FAIR) Level 1 yang melibatkan 20 orang staf dari pelbagai jawatan iaitu Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulan.

Sehubungan dengan itu, tenaga pengajar yang telah diiktiraf dari World Rugby telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini secara teori dan praktikal. Tenaga pengajar tersebut adalah YBrs. Dr. Azril Syazwan Mohd Ali (Pakar Perubatan Sukan di Institut Sukan Negara), YBrs. Dr. Muhammad Hazwan Khair (Ketua Jabatan Sains Sukan dan Perubatan, Selangor FC) dan Pn Nurdiasafra Hassan (Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota di Institut Sukan Negara).

Pelbagai topik diberikan kepada peserta antaranya Initial Approach Dr ABC & MILS, Breathing and Chocking, Airway Problem,Circulation,bleeding & shock,CPR & AED, Head and Spinal Injury dan Limb Injury. Peserta juga diminta untuk melakukan sesi praktikal bagi setiap topik yang telah diberikan oleh tenaga pengajar.

Peserta juga diuji pada penghujung sesi kursus bagi memastikan peserta mendapat input yang dapat dilakukan dalam tugasan hakiki meraka di PKU, UPM. Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar dan para peserta yang telah mengikuti kursus ini. Semoga para peserta dapat mempraktikkan segala ilmu yang diberikan bagi memastikan mutu perkhidmatan di PKU, UPM dapat ditingkatkan

 

  

     

Terima kasih.

Tarikh Input: 14/06/2022 | Kemaskini: 14/06/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaGAp~