Kunjungan Pihak Audit MQuit Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Ke PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kunjungan Pihak Audit mQuit Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke PKU

Kunjungan Pihak Audit mQuit Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ke PKU

UPM, 30 November 2017- Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM hari ini telah menerima kunjungan auditor bagi program pencegahan penggunaan tembakau mQuit yang bakal dilaksanakan di PKU. Kunjungan ini bertujuan untuk mengakreditasi persediaan PKU dari segi fasiliti dan keupayaan kaunselor mQuit PKU yang terdiri daripada doktor perubatan dan pergigian, jururawat dan Pembantu Pegawai Perubatan (PPP). Auditor yang terlibat adalah para Pegawai dari Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Bahagian Kesihatan Umum Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, diketuai oleh YBhg. Dr. Mohamed Ismail bin Lasa, Dr. Bariyah binti Kadas, dan Puan Nur Syazwani binti Abu Bakar.

Program mQuit merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menambahbaik persekitaran bebas tembakau di serata negara. Penglibatan PKU dalam kempen ini merupakan yang pertama sejak penubuhannya. Perancangan rapi sedang dibuat bagi memastikan program ini dapat memberi impak yang terbaik bagi mewujudkan persekitaran kampus yang bebas dari penggunaan tembakau.

Tarikh Input: 14/12/2017 | Kemaskini: 15/12/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdUAZ~