Kolaborasi Strategik PKU UPM Dan ISN Dalam Perubatan Sukan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI pku
» BERITA » Kolaborasi Strategik PKU UPM dan ISN dalam Perubatan Sukan

Kolaborasi Strategik PKU UPM dan ISN dalam Perubatan Sukan

Bukit Jalil, 30 Julai 2025 – Satu kunjungan hormat oleh delegasi Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diadakan ke Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil.


Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada sistem dan pendekatan rawatan yang dilaksanakan dalam pengurusan perubatan sukan di ISN. Ia turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta perkongsian pengalaman berkaitan pengurusan rehabilitasi atlet, khususnya dalam aspek Return to Sport (RTS). Delegasi turut diberikan penerangan mengenai pelaksanaan program rehabilitasi yang lebih berkesan, terutamanya berkaitan kecederaan sukan dan pemulihan fungsi atletik. Antara fasiliti yang dilawati termasuk Bahagian Perubatan Sukan, Bahagian Rehabilitasi Sukan, Bahagian Fisioterapi, Makmal Psikologi Sukan, Makmal Nutrisi Sukan, dan Bahagian Sains Sukan.



Delegasi diketuai oleh Dr. Arma binti Noor, Ketua Pusat Kesihatan Universiti, UPM, dan disertai oleh pegawai perubatan serta beberapa pegawai sokongan kesihatan dari pelbagai unit di PKU UPM, antaranya:


Dr. Siti Noor Azlidah binti Ali – Ketua Bahagian Perubatan Sukan
En. Nazari bin Ismail – Ketua Seksyen Perubatan Sukan

Pn. Amera binti Yahaya, Pn. Nurin Jazlina binti Abd Kadir, En. Muhammad Syafiq bin Hassan – Jurupulih Perubatan

En. Muhammad Ulil Amri (Penolong Pegawai Perubatan),
Pn. Filina Fauzian (Jururawat) – Wakil Bahagian Kecemasan

En. Muhammad Arman bin Md Razali – Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

Kunjungan ini mencerminkan komitmen PKU UPM dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi, selaras dengan usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan perubatan serta kesihatan sukan.



Turut diadakan sesi perbincangan dua hala bagi merintis peluang kolaborasi dan membina rangkaian profesional yang mampu menyokong pembangunan kesihatan sukan di peringkat institusi dan nasional.

PKU UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak ISN atas sambutan mesra dan kesediaan untuk bekerjasama dalam memperkasa bidang perubatan dan kesihatan sukan negara.

Tarikh Input: 06/08/2025 | Kemaskini: 06/08/2025 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (12:52:19am-12:57:19am, 23 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]