Kempen Makan Secara Sihat Semasa Perayaan PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kempen Makan Secara Sihat Semasa Perayaan PKU

Kempen Makan Secara Sihat Semasa Perayaan PKU

Setiap kali menjelang musim perayaan, makanan akan menjadi antara topik paling hangat diperkatakan. Ramai yang beranggapan bahawa musim perayaan adalah 'pas istimewa' untuk menikmati juadah dengan bebas, selepas sebulan berpuasa. Ini termasuk golongan yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan metabolik seperti kencing manis dan kolesterol badan berlebihan.

Berikut adalah amalan pemakanan selamat di musim perayaan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
  2. Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.
  3. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.
  4. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol.
  5. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.
  6. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.
  7. Minum air kosong berbanding minuman berperisa berkarbonat atau minuman yang manis.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 22/06/2017 | Kemaskini: 30/08/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUXAw~