Kempen Kesihatan Pergigian PKU Bulan Ogos | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kempen Kesihatan Pergigian PKU Bulan Ogos

Kempen Kesihatan Pergigian PKU Bulan Ogos

IMPACTED WISDOM TOOTH

Kebelakangan ini terdapat banyak kes melibatkan gigi bongsu terimpak yang dilaporkan di Perkhidmatan Pergigian PKU. Walaupun kes ini merupakan kes biasa, namun terdapat pesakit yang tidak mengetahui apakah sebenarnya gigi bongsu terimpak dan kaedah rawatannya. 

Masalah disebabkan Gigi Bongsu Terimpak:-

  1. Jangkitan 
  2. Kebengkakan
  3. Penyakit Gusi (perikoronitis) disebabkan pembentukan plak gigi
  4. Nafas Berbau berpunca dari penyakit gusi
  5. Kesukaran untuk membersihkan kawasan gigi bongsu terimpak berisiko mendapat kerosakan gigi (karies)

 

Segera berjumpa dengan doktor pergigian sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti berikut:-

  1. Kawasan gigi bongsu merasa sakit dan berdenyut-denyut
  2. Disekeliling kawasan gigi bongsu terimpak bengkak dan bernanah
  3. Muka bengkak
  4. Sukar untuk menguyah dan menelan makanan
  5. Sukar untuk membuka mulut
  6. Demam

 

Rawatan Pergigian yang akan diberikan oleh doktor pergigian:-

  1. Gigi dan gusi akan dibersihkan dan dicuci gengan air saline/air garam/ubat kumuh antiseptik 
  2. Antibiotik diberi jika mempunyai tanda-tanda jangkitan
  3. X-ray gigi mungkin diperlukan untuk memastikan kedudukan gigi bongsu
  4. Jika masalah berulang, gigi perlu dicabut melalui proses pembedahan

Tarikh Input: 28/07/2017 | Kemaskini: 30/08/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdAAX~