Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia

KEJOHANAN SUKAN STAF ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA (SUKUM)

 

10-18 OGOS 2018

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

 

ACARA : CATUR

 

 

Baru-baru ini telah diadakan satu kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) untuk kali yang ke -43. Kejohanan diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan dikalangan staf serta mengukuhkan lagi hubungan diantara universiti-universiti di dalam Malaysia. Untuk kejohanan kali ini, Universiti Malaysia Pahang telah dipilih serta diberi mandat untuk menjadi tuan rumah. Pelbagai acara yang telah dipertandingankan diantaranya ialah futsal, badminton, ping pong, bola sepak, bola jaring dan banyak lagi.

 

Bagi sukan Catur salah seorang staf dari Pusat Kesihatan Universiti, iaitu DSA Ainul Afifa Binti Md Ali telah dipilih untuk mewakili Universiti Putra Malaysia.  Dalam sukan terbabit, pasukan Catur beliau telah membawa pulang 1 pingat emas untuk acara Rapid Chess Individu Wanita dan 3 pingat gangsa bagi acara Blitz Chess Individu Wanita, Rapid Chess Berpasukan Wanita dan Rapid Chess Berpasukan Lelaki.

 

Tarikh Input: 15/09/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUUAZ~