KARNIVAL #KITASAMASIHAT PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI 2017 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » KARNIVAL #KITASAMASIHAT PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI 2017

KARNIVAL #KITASAMASIHAT PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI 2017

 

  

 

Karnival kesihatan #KITASAMASIHAT anjuran Pusat Kesihatan Universiti 2017 telah diadakan pada 28 September 2017 bertempat di Dewan PKKSSAAS UPM.

Karnival yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datin Paduka Dr Aini Ideris, Naib Canselor UPM ini diadakan serentak dengan Kempen Menderma Darah anjuran pihak Astro dengan kerjasama Pusat Darah Negara. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk Mini Health Run, Pertandingan penyediaan makanan Healthy No-Cook dan pemeran-pameran kesihatan yang disertai oleh entiti dalam dan luar UPM seperti Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CARE) UPM, saringan kesihatan dan buat julung kalinya pengenalan Program Berhenti Merokok dan Kawalan Tembakau mQUIT oleh PKU UPM.

Hadiah bagi para pemenang telah disumbangkan oleh pihak PKU dan pihak KEPERTAMA UPM.

Bagi pihak Pusat Kesihatan Universiti UPM, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan diharapkan karnival ini akan mengeratkan keakraban di antara Pusat Kesihatan Universiti dan warga kampus. 

Laporan oleh: Dr Ahmad Syahid

    

  



Tarikh Input: 05/10/2017 | Kemaskini: 06/10/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdUAR~