Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi! | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi!

Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi!

Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi! 
Oleh: Opie Bamad
Gambar oleh: JP Nalitha Hazirah

Lab Coat dan Jubah Konvokesyen yang ditempah khas buat Adik Jannah

Serdang,16 Mac- Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU UPM dengan kerjasama pasukan Make-A-Wish Malaysia telah merealisasikan impian seorang pesakit kanser neuroblastoma yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor gigi baru-baru ini.

Adik Nurul Jannah, 9 tahun yang terbang hadir bersama keluarganya dari Kota Bharu di diagnos menghidapi kanser blastoma ketika berumur 4 tahun ini telah memasang impian untuk menjadi seorang doktor gigi sewaktu beliau membuat pemeriksaan gigi.

Satu majlis khas, Dentist-in-training telah diadakan bermula dengan penyarungan dentist lab coat dan official lanyard yang ditempah khas seterusnya pengalaman simulasi membuat rawatan pergigian kepada adik lelakinya, membuat mould gigi palsu untuk ibu, mengambil x-ray gigi dan diakhiri dengan suatu mini konvokesyen khas buat beliau.

Mini konvokesyen yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kesihatan Pergigian, Dr Ahmad Kamarul Juperi 

 

Semoga impian dan usaha kecil dari pihak kami ini menjadi seribu kenangan manis buat beliau dan keluarganya.

 

 

Tarikh Input: 21/03/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdQAB~