Ilham Spontan Bawa Kemenangan. | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Ilham Spontan Bawa Kemenangan.

Ilham Spontan Bawa Kemenangan.

 "Ilham datang secara sendiri semasa saya diberi borang oleh pihak penganjur. Memang tidak sangka akan menang kerana penyertaan adalah dari seluruh UPM dan peserta sudah tentu hebat-hebat belaka." Itulah kata-kata pemenang Hadiah Tema Terbaik Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2017, Puan DK Masni PG Kifli semasa dihubungi melalui telefon. Gembira dengan kemenangan beliau, Puan DK Masni yang merupakan seorang Juruteknologi Makmal Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) berharap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada warga UPM untuk terus menyokong aktiviti-aktiviti murni yang dianjurkan di peringkat Universiti.

 

Program Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2017 telah diadakan pada 10 November 2017 di Dewan Besar, Pusat kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Sambutan kali ke-5 ini diadakan dengan harapan untuk meningkatkan kesedaran warga UPM terhadap kepentingan inovasi dan kreativiti dalam pelaksanaan kerja; memupuk dan memperkukuh nilai-nilai budaya inovasi dan kreativiti di UPM, merealisasikan pengamalan proses, pendekatan dan budaya berteraskan ciri-ciri inovatif dan kreatif dalam perkhidmatan; dan menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Laporan dan temuramah oleh: Dr Ahmad Syahid

Imej oleh: Izzatussofia Baharudin

Tarikh Input: 24/11/2017 | Kemaskini: 24/11/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1601217967