GOTONG ROYONG EKSA PKU UPM SIRI 2 BAGI TAHUN 2023 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » GOTONG ROYONG EKSA PKU UPM SIRI 2 BAGI TAHUN 2023

GOTONG ROYONG EKSA PKU UPM SIRI 2 BAGI TAHUN 2023

Pusat Kesihatan Universiti – 17 Februari 2023 –Ekosistem Kondusif Sektor Awam PKU UPM telah melaksanakan aktiviti gotong royong siri 2 bagi tahun 2023. Aktiviti gotong royong ini melibatkan semua bahagian di PKU UPM antaranya Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, bahagian Kecemasan dan Rawatan, Bahagian Farmasi dan Bahagian Diagnostik.

 

Objektif gotong royong ini diadakan adalah bagi mengemaskini susun atur perabut dan fail di bahagian tersebut selain mengindahkan ruang kerja di PKU UPM. Aktiviti ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Aktiviti gotong royong ini diadakan secara berperingkat bagi memastikan perkhidmatan kepada pesakit dapat diberikan dengan sebaiknya.

 

Dengan sokongan dari penaung EKSA PKU UPM, Dr Fauziah Adnan dan usaha dari semua staf, aktiviti gotong royong ini akan diteruskan bagi memastikan pelaksanaan EKSA di PKU UPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

Sekian.

 

Disediakan oleh

Nur Ainaa Muhamad isa

JK Latihan dan Go Green

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 26/04/2023 | noorbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaNAM~