BENGKEL PKU 2017: Gamifikasi Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » BENGKEL PKU 2017: Gamifikasi Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi

BENGKEL PKU 2017: Gamifikasi Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi

Bengkel  kecemerlangan PKU telah diadakan pada 8 hingga 11 Ogos bertempat di dewan Pertanian Fakulti Pertanian UPM. Kesemua staf PKU telah menghadiri bengkel yang diadakan selama 4 hari ini dan dibahagi kepada 2 kumpulan besar.  Dengan tema “Gamifikasi Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi”, PKU telah mendapat kerjasama dari Bahagian Kaunseling UPM dalam menjayakan bengkel berkonsep “gamifikasi” yang julung kali diadakan di PKU. 

Konsep "gamifikasi" menerapkan aktiviti "permainan" dengan makna dan maksud yng selaras dengan nilai yang hendak diterapkan. Konsep ini didapati lebih berkesan dalam membantu peserta untuk lebih memahami objektif bengkel. Ia juga menggalakkan pergaulan di kalangan peserta melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama berkumpulan.  

Dengan penerapan nilai IHSAN yang menjadi tonggak kepada nilai-nilai murni dalam perkhidmatan di UPM dan PKU, bengkel ini telah mendapat reaksi yang menggalakkan daripada para peserta dan telah dicadangkan untuk menjadi salah-satu aktiviti yangboleh dilaksanakan di UPM sebagai satu kaedah pemantapan jati diri dan sahsiah dalam pekerjaan.

Kami mengucapkan syabas kepada para peserta kerana telah memberikan komitmen yang begitu baik dan jutaan penghargaan kepada pihak Bahagian Kaunseling UPM yang telah sudi mengendalikan bengkel tahunan ini.

Laporan oleh: Dr Ahmad Syahid

(Klik di sini untuk galeri)

Tarikh Input: 30/08/2017 | Kemaskini: 06/10/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdIA3~