AUDIT KENDIRI EKSA, PKU SESI 2026 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » AUDIT KENDIRI EKSA, PKU SESI 2026

AUDIT KENDIRI EKSA, PKU SESI 2026

 

             

   

SERDANG, 6 Julai – Audit Kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilaksanakan pada 29 April 2026. Audit ini juga adalah salah satu kriteria bagi memenuhi skop Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat PTJ kerja sempena Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi (HKIP) tahun 2025-2026 bagi menilai tahap pematuhan Zon Orkid dan Zon Mawar terhadap standard persekitaran kerja kondusif. Audit ini memberi tumpuan kepada aspek kebersihan, susun atur ruang kerja, keselamatan, dokumentasi, identiti korporat serta amalan hijau yang menjadi teras pelaksanaan EKSA.

Dengan tenaga para Juruaudit PTJ yang diterajui oleh Matron Nurhazalina sebagai Ketua Jawatankuasa Audit EKSA, PKU dan dibantu oleh 6 orang Juruaudit pada kali ini telah memulakan proses audit pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 4.45 petang. 

Pembentangan hasil laporan audit juga telah dilaksana secara dalam talian pada 16 Jun 2026 untuk semua staf PKU bagi penambahbaikan berterusan dan persediaan Penilaian HKIP kali kedua nanti.

Secara keseluruhannya, kedua-dua zon menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan EKSA dengan memperoleh markah keseluruhan yang baik. Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kerjasama berterusan daripada semua warga zon dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, selamat dan kondusif, di samping melaksanakan pelbagai amalan baik yang menyokong peningkatan imej korporat serta budaya kerja berkualiti.

Walaupun pencapaian keseluruhan amat memberangsangkan, beberapa aspek seperti penyeragaman paparan dan pelabelan, pengurusan pendawaian, penyimpanan barangan serta penyelenggaraan fasiliti dan kawasan persekitaran masih memerlukan penambahbaikan berterusan. Dengan tindakan susulan yang sistematik serta komitmen berterusan daripada semua warga, pelaksanaan EKSA diyakini dapat diperkukuh dan kecemerlangan yang dicapai dapat dikekalkan pada masa hadapan.

 

     

Tarikh Input: 06/07/2026 | Kemaskini: 06/07/2026 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:03:14pm-04:08:14pm, 06 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]