Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015

Pembukaan audit pada 6 September 2021, Encik Roslan Parjo selakuTimbalan Wakil Pengurusan telah memberikan pengenalan ringkas kepada staf PKU tentang pelaksanaan audit yang akan dilaksanakan.Manakala Dr Suhyna binti Mohamad Sulaiman selaku Timbalan Penyelaras Audit Dalam telah menerangkan  serba sedikit mengenai skop pengauditan di Pusat Kesihatan Universiti yang melibatkan skop pengurusan,skop sokongan dan skop operasi perkhidmatan sokongan. Sepanjang proses pengauditan, juruaudit memberi fokus terhadap kepatuhan kepada MS ISO 9001:2015 yang digunapakai oleh UPM pada waktu ini. Audit dalaman ini diketuai oleh Pn. Saliza Mustafa dan dibantu oleh 8 orang juruaudit dalaman PKU. Audit dalam yang mengambil masa selama 5 hari ini tamat pada 10 September 2021 dengan pembentangan laporan kepada Ketua Pusat Kesihatan, ketua-ketua perkhidmatan dan unit pada sekitar jam 4 petang.

 

 

Tarikh Input: 13/10/2021 | Kemaskini: 13/10/2021 | noorbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEYOAA~