Pada pembukaan audit, Encik Roslan Parjo selakuTimbalan Wakil Pengurusan telah memberikan pengenalan ringkas kepada staf PKU tentang pelaksanaan audit yang akan dilaksanakan.Manakala Dr Suhyna binti Mohamad Sulaiman selaku Timbalan Penyelaras Audit Dalam telah menerangkan serba sedikit mengenai skop pengauditan di Pusat Kesihatan Universiti yang melibatkan skop pengurusan,skop sokongan dan skop operasi perkhidmatan sokongan. Sepanjang proses pengauditan, juruaudit memberi fokus terhadap kepatuhan kepada MS ISO 9001:2015 yang digunapakai oleh UPM pada waktu ini.Audit dalam yang mengambil masa selama 5 hari ini tamat pada 15 Mac 2019 dengan pembentangan laporan kepada Ketua Pusat Kesihatan, ketua-ketua perkhidmatan dan unit pada sekitar jam 4 petang.
Tarikh Input: 09/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | noorbaizura
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453