Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM

Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM

Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 UPM telah diadakan pada 16-17 Ogos 2021. Pusat Kesihatan Universiti  (PKU)adalah salah satu entiti yang terlibat dalam audit ini.Pada 17 Ogos 2021, PKU telah diaudit oleh pasukan juruaudit UPM dan mesyuarat pembukaan PTJ telah berlangsung pada jam 2.30 secara atas talian.

 

Semasa taklimat pembukaan audit, Dr Fauziah Adnan selaku Ketua PKU memberikan pengenalan ringkas kepada juruaudit tentang latar belakang PKU. Juruaudit Dalaman UPM adalah terdiri daripada Puan Suhana binti Md. Chairi (Ketua Juruaudit) dibantu oleh En. Mohd Sahrizan bin Mat Yatim dan Puan Nor Hayati binti Mohamad Darus. Skop audit di Pusat Kesihatan Universiti melibatkan proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah yang merangkumi pengurusan keselamatan maklumat pelajar. Sepanjang pengauditan, juruaudit lebih fokus pada proses pemeriksaan kesihatan prasiswazah tempatan di PKU, kawalan keselamatan maklumat pelanggan, penilaian risiko keselamatan maklumat terutama dalam proses pengendalian pemeriksaan kesihatan pelajar baharu, penggunaan sistem e-klinik serta verifikasi keberkesanan kawalan dalam sistem pengurusan keselamatan.  Audit tamat pada jam 4.00 petang

 

Tarikh Input: 13/10/2021 | Kemaskini: 13/10/2021 | noorbaizura

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDcUAp~