Anugerah Tempat Kerja Selamat (Kategori C) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Anugerah Tempat Kerja Selamat (Kategori C)

Anugerah Tempat Kerja Selamat (Kategori C)

Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2019 telah berlangsung dari 13hb April hingga 19 April 2019. Acara bermula dgn Kejohanan Tenpin Boling JKKP-PTJ pada 13 April 2019. Acara seterusnya disusuli dgn Simulasi PKP DIMEX 3.0 pada 16 April 2019. PKU terlibat dengan menjadi pasukan respons kecemasan perubatan yang mana sebanyak dua (2) ambulans telah dikejarkan ke tapak kejadian utk memberi bantuan.

Simulasi DIMEX PKP DIMEX 3.0 merupakan latihan pengujian Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan, Pelan Tindakan Kecemasan, Pelan Komunikasi Krisis dan Pelan Pemulihan Bencana. Senario dimulai dengan simulasi kebakaran dan letupan di Pusat Data, Pusat Pembangunan Maklumat Dan Komunikasi (iDEC) Beta UPM dan Tindakan kecemasan diaktifkan. Di dalam senario tersebut, seramai 7 mangsa terlibat iaitu dua (2) orang didapati pengsan, seorang (1) mengalami luka di kepala, seorang (1) patah kaki, seorang (1) orang patah tangan, seorang (1)seliuh kaki dan seorang (1) luka di betis. Seramai dua (2) mangsa yg pengsan telah dikejarkan ke Hospital Serdang manakala yg selebihnya di rawat di PKU. Syabas kepada team kecemasan PKU yang diketuai oleh Dr. Suhaila Abdul Hamid dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan, En. Wan Mohd Halin Wan Mohamed serta kakitangan paramedik yang lain.

PKU juga telah berjaya meraih Anugerah Tempat Kerja Selamat (Kategori C) bagi tahun 2019. Majlis penganugerahan telah diadakan semasa majlis penutup perasmian minggu KKP UPM yg diadakan pada 19 April 2019. Sijil diserahkan oleh Dato Pendaftar iaitu YBhg. Dato' Wan Azman Wan Omar kepada Ketua PKU, YBhg. Dr Fauziah Adnan. Syabas kepada semua warga PKU! Semoga PKU berjaya mengekalkan kecemerlangan ini dan sentiasa menjadi tempat kerja yang selamat bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan produktif.

 

 

Tarikh Input: 09/05/2019 | Kemaskini: 09/05/2019 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaEAu~