Amaran Penularan Demam Kepialu (Typhoid Fever) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Amaran Penularan Demam Kepialu (Typhoid Fever)

Amaran Penularan Demam Kepialu (Typhoid Fever)


                                           

Demam Kepialu (Tifoid)

Apakah itu Demam Kepialu ?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )


Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?

Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
Sayuran mentah (ulam dan salad)
Cendol
Susu mentah



Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala :

Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
Cirit birit
Sembelit
Sakit perut
Sakit kepala
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Batuk tanpa kahak
Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Bengkak limpa dan hati
Bagaimanakah penyakit ini merebak ?

Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)



Komplikasi Penyakit

Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).



Rawatan

Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan.



Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?

  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan



Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?

Jumpa doktor anda segera


Tarikh Input: | Kemaskini: | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUAA2~