
Berita disediakan oleh : SN Noor Mazzeatul Aini, SN Filina Fauzian
Gambar oleh : SR Zarina Johari, PPP Mohd Elya Saffuan Zahari, PPP Mohd Afiq Amri Che Soh, PPK Mohd Bookery Mohd Johar, PPK Nor hafizah Ab Rahman
SERDANG, 22 Januari - Jawatankuasa Pelaksana Mquit Program Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM telah menyertai beberapa program bersama Bahagian Kesihatan Awam pada tahun 2024 di antaranya program Promosi Kesihatan bersempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat UPM 2024 di Dewan Putra 2 di Kolej Serumpun, Promosi Kesihatan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dan Program Outreach Fakulti Pertanian di Dewan Fakulti Pertanian.


Program ini bertujuan untuk memupuk semangat warga kampus terutamanya staf dan pelajar bagi memberi kesedaran dan pemahaman tentang kesihatan dan pendedahan berkaitan bahaya rokok, menggalakkan perokok untuk berhenti merokok dan menanamkan hasrat di kalangan pelajar agar tidak mula merokok.
Aktiviti yang diadakan ialah pameran kesihatan berkaitan bahaya merokok, sesi konsultasi berkenaan program Mquit, ujian karbon monoksida dan kuiz. Semoga aktiviti ini dapat meningkatkan minat, pemahaman dan semangat semua warga UPM untuk sihat tanpa tembakau.
Tarikh Input: 23/01/2025 | Kemaskini: 24/01/2025 | nur_hazalina

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453