34 Tahun Bersama PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » 34 Tahun bersama PKU

34 Tahun bersama PKU

3 DEKAD LEBIH BERSAMA PERGIGIAN PKU

oleh: DSA Ainul Afifa

DEWAN KOLEJ PENDETA ZA’ABA UPM , 01 OGOS 19- Satu majlis apresiasi telah diadakan bagi meraikan Mantan Ketua Perkhidmatan Pergigian, PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI,UPM (PKU UPM) iaitu Dr Dasrilsyah Syahrial yang telah berkhidmat selama 34 tahun  6 bulan 26 hari.

Majlis yang diketuai oleh DSA Ainul Afifa Md Ali selaku Pengarah Program majlis terbabit berkata, majlis yang dirancang bagi menghargai jasa serta pengorbanan yang  telah dicurahkan oleh beliau yang juga menyandang pelbagai jawatan penting lain seperti,

Pengerusi Koperasi UPM Berhad, Bendahari Agung Persatuan Alumni(PAPTI), J/K Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Pengerusi EKSA PKU Dan Pasukan Tindakan Kecemasan PKU.

Majlis ini diraikan bersama-sama dengan semua staf PKU UPM dan bekas kakitangan PKU UPM yang telah bersara di PKU. Bagi memeriahkan majlis tersebut, persembahan bertemakan ‘Zaman pop yeh yeh -60an’ dan disusuli dengan persembahan poco-poco dari kumpulan Fit by Beat.

Sebelum majlis berakhir, satu sesi bergambar diadakan sebagai kenangan dikemudian hari. Keberangkatan pulang Mantan Ketua Perkhidmatan Pergigian iaitu Dr Dasrilsyah bin Syahrial diiringi oleh Dr Fauziah Adnan, Ketua PKU pada jam 2 petang.

 

 

 

Tarikh Input: 09/08/2019 | Kemaskini: 09/08/2019 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdUA3~