Kursus Pegurusan Sisa Klinikal Dan Kawalan Infeksi | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » Kursus Pegurusan Sisa Klinikal dan Kawalan Infeksi

Kursus Pegurusan Sisa Klinikal dan Kawalan Infeksi

Serdang, 8 November 2025 – Satu Kursus Pengurusan Sisa Klinikal dan Kawalan Infeksi di Premis Kesihatan telah berjaya dilaksanakan pada 8 November 2025 bertempat di Dewan Taklimat Serdang, Pejabat Pendaftar. Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran staf paramedik berkaitan aspek kawalan infeksi di tempat kerja, pengendalian sisa klinikal yang selamat serta pengurusan kecederaan akibat tusukan jarum (needle prick injury).

Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Subzan bin Mohd Noor, Executive, Customer Service dari RADICARE (M) Sdn. Bhd., yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sisa klinikal serta langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam persekitaran kesihatan.

Seramai 26 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan, Juru X-Ray, Jururawat Masyarakat, Pembantu Perawatan Kesihatan serta Pegawai Eksekutif daripada kalangan staf Pusat Kesihatan Universiti.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan praktikal berkaitan prosedur pengendalian sisa klinikal yang betul, pematuhan kepada garis panduan keselamatan serta kepentingan kawalan infeksi dalam memastikan keselamatan staf dan pesakit sentiasa terpelihara.

Penganjuran kursus ini diharap dapat mengukuhkan lagi tahap kesedaran, pengetahuan dan pematuhan staf terhadap amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, selaras dengan keperluan operasi di premis kesihatan.

Date of Input: 10/11/2025 | Updated: 16/12/2025 | mk.anwar

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
F, (11:16:02pm-11:21:02pm, 13 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]