UPM TERIMA ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2023 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » UPM TERIMA ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2023

UPM TERIMA ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2023

UPM TERIMA ANUGERAH SEMPENA SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA 2023
Oleh: Nur Syamimi Othman


Serdang, 14 Jun- Bersempena dengan sambutan Hari Penderma Darah 2023, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput bagi menerima Anugerah Penganjur Kempen Derma Darah dengan Kutipan Tertinggi.

Pengiktirafan ini  telah disempurnakan semasa Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023, Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Ulang Tahun Ke- 75 Bulan Sabit Merah Malaysia oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia yang telah berlangsung di Centrecourt Aeon Alpha Angle, Wangsa Maju.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pengorbanan dan penghargaan kepada para penderma darah, agensi kerajaan, agensi swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang selalu berkolaborasi dengan Pusat Darah Negara untuk mengadakan kempen derma darah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa warga UPM, terutamanya para pelajar memberikan sambutan yang sangat menggalakkan setiap kali kempen derma darah dijalankan di dalam kampus. Dengan semangat kesukarelawanan dan sentiasa komited dalam membantu Pusat Darah Negara untuk mengekalkan bekalan darah yang selamat dan mencukupi.


Hadir sama wakil  dari UPM, Dr Aditya Adawiah Binti Darwis, Ketua Bahagian Kesihatan Awam, PKU dan Puan Nor Fazilah Abdullah, Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM “kami yakin bahawa pengiktirafan ini akan lebih menaikkan lagi semangat UPM untuk menganjurkan kempen derma darah demi kebaikan semua”.

 

Tarikh Input: 21/06/2023 | Kemaskini: 21/06/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcPAC~