Laporan oleh: : Dr. Kamarul, Dr. Aisyah, Dr. Munirah, Dr. Khadijah, Dr. Syahirah, JP Nalitha
10 Jun 2023, Serdang- Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU, UPM telah ikut serta dalam program UPM Vocal & Theatre: Loving is Caring anjuran Pusat KoKorikulum UPM dalam sesi perkongsian ilmu penjagaan kesihatan gigi dan oral. Program ini telah diadakan bersama dengan kanak-kanak dan remaja di BRDB Rotary Children’s Residence (BRCR), Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor. Perkongsian ilmu ini adalah untuk sebagai salah satu tanggungjawab sosial Bahagian Kesihatan Pergigian PKU UPM kepada Masyarakat serta untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan oral.
Ceramah penjagaan kesihatan gigi dan oral telah disampaikan oleh Dr. Aisyah dan Dr. Khadijah, Dr. Syahirah, manakala aktiviti latihan memberus gigi dan kuiz di kendalikan oleh JP Nalitha dan Dr. Khadijah. Seramai 40 kanak-kanak dan remaja telah mengikuti ceramah yang disampaikan. Para peserta juga terlibat aktif dalam aktiviti memberus gigi dan kuiz yang dijalankan.
Penyertaan Bahagian Kesihatan Pergigian di dalam program anjuran Pusat KoKorikulum UPM ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada penghuni BRDB Rotary Children’s Residence (BRCR) dan dapat diteruskan pada masa mendatang.
Tarikh Input: 22/11/2023 | Kemaskini: 22/11/2023 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453