Lawatan Daripada Pelajar Jurusan Kejururawatan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Daripada Pelajar Jurusan Kejururawatan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM

Lawatan Daripada Pelajar Jurusan Kejururawatan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM

Pada 20hb Mac 2019 jam 2.00 petang, Unit Makmal Pusat Kesihatan Universiti dikunjungi oleh seramai 60 orang pelajar tahun 1, 2 dan 3 Program Bacelor Sains Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Lawatan sambil belajar ini diketuai oleh Dr. Melati Khalid.

Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah bagi pelajar mendapat pendedahan berkenaan tatacara pengendalian sampel dan penggunaan peralatan bagi ujikaji Hematologi. Penerangan ini telah disampaikan oleh empat orang Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Pn. Sharul Afzan binti Mohd Said, En. Mohd Nizam Ahmad Sharifudin, Pn. Siti Nadiah Azmi dan En. Ariffin Othman.  Seterusnya pelajar diberi ruang untuk sesi soal jawab yang kendalikan oleh Pegawai Sains iaitu Pn. Fairus binti Mohamad.  

Lawatan ini berakhir pada jam 4.00 petang. Semoga hasrat dan tujuan lawatan ini mencapai objektif.

 

 

Tarikh Input: 06/05/2019 | Kemaskini: 06/05/2019 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEbDAU~