Audit Pensijilan Semula, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Audit Pensijilan Semula, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013

Audit Pensijilan Semula, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013

Audit Pensijilan Semula, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 telah dilaksanakan pada 2 September dan 1 hingga 3 Oktober 2018. Pusat Kesihatan Universiti adalah di antara entity yang terlibat dalam Audit Sirim ISMS yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2018.

Pada pembukaan audit, Dr Fauziah Adnan selaku Ketua PKU memberikan pengenalan ringkas kepada juruaudit tentang latar belakang PKU. Juruaudit dari SIRIM  adalah Puan Nur Aisya Mohd Zamri. Skop audit di Pusat Kesihatan Universiti melibatkan proses pendaftaran pelajar baharu prasiswazah yang merangkumi pengurusan keselamatan maklumat pelajar. Sepanjang pengauditan, juruaudit lebih fokus pada proses pemeriksaan kesihatan prasiswazah tempatan di PKU, kawalan keselamatan maklumat pelanggan, penilaian risiko keselamatan maklumat terutama dalam proses pengendalian pemeriksaan kesihatan pelajar baharu, pengunaan sistem eKLinik serta verifikasi keberkesanan kawalan dalam sistem pengurusan keselamatan.  Audit tamat pada jam 4 petang.

 

 

Berita disediakan oleh : Puan Noor Baizura bt Mohd Safifee

Tarikh Input: 04/10/2018 | Kemaskini: 04/10/2018 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1582315664